+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat

12 & 13 Disember 2022 (Kuantan)-Fakulti Pengajian Islam telah mengadakan Program Bengkel Pembinaan Modul Kursus Asas Akidah Islam pada bertempat di Dewan Barakah UnIPSAS dan Hotel Mega View Kuantan. Penganjuran bengkel ini bertepatan dan seiring dengan Resolusi Muzakarah Ulama Ahli Sunnah Wa al-Jamaah Peringkat Negeri Pahang yang telah berlangsung pada 23 dan 24 Ogos 2022 bersamaan 25 dan 26 Muharam 1444H bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam, UnIPSAS memikul amanah dan bertanggungjawab membina modul atau silibus pengajian akidah Islam berteraskan mazhab ahli Sunnah wa al-Jamaah sebagai rujukan dan panduan di peringkat pengajian tinggi. Dengan penganjuran bengkel ini diharapkan dapat membantu para pensyarah memberi bimbingan dan tunjuk ajar berkaitan akidah Islam secara lebih efektif, efisyen dan komprehensif.

Loading...