+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat

27 April 2022 – Pihak pengurusan Fakulti Pengajian Islam, diketuai oleh YBrs. Dr. Safiah Abd. Razak selaku Dekan Fakulti telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YH. Prof Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS pada 27 April 2022, jam 9.00 pagi, bertempat di Dewan Senat UnIPSAS.

Antara objektif kunjungan hormat ini adalah sebagai sesi ta’aruf dan ramah mesra antara pengurusan FPI yang baharu bersama pihak YH. Dato’ Naib Canselor, serta untuk mendengar amanat dari pihak YH. Dato’ bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan FPI sebagai fakulti utama di UnIPSAS.

Dalam kunjungan tersebut, YBrs. Dr Safiah telah membentangkan hala tuju, program dan aktiviti yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak fakulti.

YH. Dato’ Naib Canselor turut meluangkan masa beliau untuk menyampaikan amanat kepada pihak pengurusan fakulti dengan menyatakan hasrat beliau untuk melihat Fakulti Pengajian Islam kekal sebagai fakulti yang dominan di UnIPSAS serta sebagai peneraju utama yang akan membantu memacu kecemerlangan UnIPSAS sebagai institusi pengajian tinggi berteraskan pengajian Islam.

YH. Dato’ turut menasihati pihak pengurusan fakulti agar sentiasa mengekalkan identiti sebagai ahli akademia bercirikan Islam dan menjadi qudwah hasanah kepada pihak lain.

Diharapkan kunjungan hormat ini akan meneruskan kesinambungan hubungan ukhuwwah yang baik antara pihak pengurusan Fakulti Pengajian Islam dengan Pengurusan Kanan UnIPSAS terutamanya pihak YH. Dato’ Naib Canselor sendiri.

Loading...