+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH DENGAN KEPUJIAN (R/0224/6/0232)(MQA/FA9139)(02/30)
Syarat kemasukan
  • STPM – Lulus minimum PNGK 2.00 dan Lulus Penuh 2 mata pelajaran dan salah satu dalam bidang Pengajian Islam, atau
  • STAM – minimum Maqbul, atau
  • Diploma Pengajian Islam – Lulus minimum PNGK 2.00, atau
  • Asasi Pengajian Islam / Matrikulasi – Lulus minimum PNGK 2.00
Pengenalan Program

PENGENALAN

Program ini menawarkan disiplin-disiplin ilmu berkaitan dua sumber dalam pensyariatan Islam bagi mengimbangi kemajuan material dan teknologi berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Program ini dibina atas dorongan dan minat masyarakat terhadap Quran dan Sunnah yang begitu ketara, serta menyahut cabaran dalam penyediaan tenaga mahir dalam bidang ini. Graduan dalam bidang ini juga mampu membela kesucian ajaran Islam dan dapat membanteras unsur-unsur bidaah dan khurafat dalam kehidupan masyarakat serta memberikan khidmat dan sokongan di dalam sektor kerajaan mahupun swasta yang memerlukan penasihat agama dan pakar dalam Quran dan Sunnah.

KELEBIHAN

  • Diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan telah dikreditasi oleh MQA.
  • Kurikulum dibentuk oleh panel penggubal yang terdiri daripada pakar (ahli akademik IPTA dan industri).
  • Perintis kepada peluang pendidikan dalam bidang pengajian Quran dan Sunnah di Negeri Pahang.
  • Merangkumi dua bidang yang penting dalam sumber pensyariatan Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
  • Menawarkan program pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang berilmu, beramal dan bertaqwa berlandaskan Quran dan Sunnah.
  • Penerapan dengan komponen teknologi maklumat moden yang boleh diaplikasikan dalam menyebarkan ilmu-ilmu berkaitan Quran dan Sunnah seperti penggunaan laman sesawang, aplikasi media, perisian komputer dan sebagainya.
  • Memenuhi keperluan tenaga kerja di peringkat profesional terutama dalam bidang perkhidmatan.

 

FAKTA MENGENAI PROGRAM

  • Kursus Pengajian Quran dan Sunnah merupakan bidang teras pengajian Islam yang telah lama ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam, tetapi masih belum ditawarkan di negeri Pahang.
  • Dorongan Kerajaan dan minat masyarakat tehadap Pengajian Quran dan Sunnah yang begitu ketara, serta menyahut cabaran dalam penyediaan tenaga mahir dalam bidang tersebut.
  • Kehadiran graduan dalam bidang Quran dan Sunnah mampu membela kesucian ajaran Islam dan dapat membanteras unsur-unsur bidaah dan khurafat dalam kehidupan masyarakat.
  • Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Quran dan Sunnah mampu memberi khidmat di dalam sektor kerajaan mahupun swasta yang memerlukan penasihat agama dan pakar rujuk agama.
Prospek Kerjaya
  • Pegawai Penyelidik
  • Pendidik
  • Pegawai Hal Ehwal Islam
  • Keusahawanan
  • Pegawai Pengurusan dan Pentadbiran
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pegawai Penterjemah
  • Perunding Motivasi
  • Pegawai Penerangan
  • Pegawai Pendakwahan
  • Pegawai Pusat Latihan dan Sumber Media
  • Wartawan Penyiaran
    Senarai Kursus

    Semester 1

    Tamadun Islam & Tamadun Asia, Pengajian Akidah Islam, Pengajian Fiqh, Kemahiran al-Quran, Kemahiran Jawi, Tasawwur Quran dan Sunnah, Al-Arabiyyah al-I’dadiyyah / al-Taqaddumiyyah / Al-‘Aliyyah, General English Proficiency, Hifz al-Quran I, Fiqh Sirah.

    Semester 2

    Hubungan Etnik, Al-Arabiyyah al-I’dadiyyah / al-Taqaddumiyyah / al-‘Aliyyah, Hifz al-Quran II, Pengajian Ilmu Tasawuf, Metodologi Dakwah, Ulum al-Quran, Ulum al-Hadis, Elektif Berkaitan, Elektif Terbuka. 

    Semester 3

    Pemikiran Kritis & Kreatif, Hifz al-Quran III, Al-Nahw wa al-Sarf, Tafsir Tahlili, Hadis Tahlili, Ilmu Qiraat, Elektif Berkaitan , Elektif Terbuka.

    Semester 4

    Teknologi Maklumat & Masyarakat, Hifz al-Quran IV, Fiqh al-Qadhaya al-Muasarah, Tafsir Maudhuie, Hadis Maudhuie, al-Tibb al-Nabawi, Elektif Berkaitan , Elektif Terbuka.

    Semester 5

    Halaqah dan Usrah, Tafsir Ayat Hukum, Hadis Hukum, Ilmu Takhrij, Metodologi Penyelidikan, Elektif Berkaitan , Elektif Terbuka.

    Semester 6

    Khidmat Masyarakat , Manahij Mufassirin, Manahij Muhaddithin, Projek Ilmiah, Elektif Berkaitan , Elektif Terbuka.

    Semester 7

    Latihan Industri

    Yuran Pengajian
    SEM TERMASUK ASRAMA (RM) TANPA ASRAMA (RM)
    1
    6,600.00
    5,900.00
    2
    5,500.00
    4,800.00
    3
    5,500.00
    4,800.00
    4
    5,500.00
    4,800.00
    5
    5,270.00
    4,570.00
    6
    4,810.00
    4,110.00
    7
    1,580.00
    1,580.00

    Jumlah Keseluruhan:

    KATEGORI PELAJAR TERMASUK ASRAMA (RM) TANPA ASRAMA (RM)
    Warganegara Malaysia
    34,760
    30,560
    Pelajar Antarabangsa

    Daftar kemasukan anda sekarang

    Loading...