+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat
DIPLOMA PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH (R/221/4/0018)(MQA/FA5332)(10/25)

Pengenalan Kursus

Umumnya mengetahui bahawa al-Quran dan Sunnah (Hadis) adalah sumber utama dalam pensyariatan Islam.  Keperluan kepada dua perkara ini bukanlah pilihan yang boleh diterima atau ditolak tetapi ianya satu kewajipan yang difardhukan. Umat Islam hanya akan berjaya apabila berhasil memegang keduanya dengan kemas. Oleh itu, jom sertai Diploma Pengajian Quran dan Sunnah di KUIPSAS bagi mendalami dengan lebih lagi berkaitan dua sumber syariat ini.

Prospek Kerjaya

Pendidikan, Imam, Penolong Pegawai Tadbir Pejabat-Pejabat Agama,  Pendakwah, Perunding Pembangunan Manusia, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.

    Kelebihan Kursus

    Senario kes keruntuhan akhlak di kalangan remaja dan dewasa masa kini adalah kerana renggangnya hubungan mereka dengan agama. Justeru, memilih meneruskan pengajian dalam bidang Quran dan Sunnah adalah satu keputusan yang bijak kerana dapat mempersiapkan diri secara lebih khusus dan kukuh tentang Quran dan Sunnah. Apabila diri individu berjaya dikukuhkan, Quran dan Sunnah itu akan menjadi teras kehidupan sebelum berdepan dengan liku-liku kehidupan yang semakin hari semakin mencabar.

      Syarat Kemasukan

      1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya, sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit
      2. Lulus Bahasa Melayu
      3. DAN Lulus mata pelajaran Bahasa Arab

      Daftar kemasukan anda sekarang

      Loading...