+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK (R/143/4/0110)(MQA/FA5728)(10/25)

Syarat Kemasukan

  • Lulus SPM dengan 3 kredit atau sijil setara, atau
  • Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan SPM minimum 1 Kepujian, atau;
  • Lulus Sijil Tahap 3 MQF

Pengenalan Kursus

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Secara Islamik merupakan antara program pengajian terbaru di KUIPSAS yang mula ditawarkan pada tahun 2016. Menawarkan pengajian dalam bidang Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak dengan pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dengan nilai jam kredit keseluruhan adalah sebanyak 95. Pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutorial, amali dan kerja lapangan. Matlamat utama pengajian adalah untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dengan mengintegrasikan ilmu dan amalan berorientasikan syariat Islam.

Kelebihan Kursus

  • Diploma ini telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan dan diakreditasi oleh MQA.
  • Kurikulum Diploma ini telah dibina oleh pakar dalam bidang akademik dan industri.
  • Para pensyarah yang akan mengendalikan proses P&P adalah mereka yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman luas dalam industri.
  • Memberi pendedahan terhadap keperluan-keperluan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak mengikut peringkat umur.
  • Menyediakan graduan dengan ilmu pengetahuan berkaitan pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak dari perspektif Islam dan mengaplikasikannya sebagai cara hidup.
  • Menggalakkan penglibatan keluarga, sekolah dan komuniti dalam memastikan pendidikan yang berkualiti.

Prospek Kerjaya

  • Guru
  • Pengurus
  • Pentadbir
  • Usahawan
  • Pelaksana Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Fakta Mengenai Bidang Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak

Merujuk kepada Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 2008 yang ditubuhkan bertujuan memastikan perkembangan holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga empat tahun. Justeru, perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dapat dibentuk untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari seni intelek, rohani, jasmani, dan emosi agar selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pendidik dan pengamal Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia dengan mengintegrasikan ilmu dan amalan berorientasikan syariat Islam.

Daftar kemasukan anda sekarang

Loading...