+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat
DIPLOMA BAHASA ARAB (R/224/4/0049)(MQA/A9216)(12/24)

Pengenalan Kursus

Diploma Bahasa Arab merupakan pengajian bahasa Arab kontemporari yang merupakan satu pakej yang mampu menarik perhatian pelajar untuk menjadikannya pilihan utama bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi disamping permintaan yang tinggi di dalam pasaran kerja semasa. Penawaran Diploma Bahasa Arab di UnIPSAS dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk pasaran guna tenaga separa profesional dalam bidang bahasa Arab serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Senarai Subjek

  • Al-Nahw al-Tatbiqiy I, Al-Nahw al-Tatbiqiy II, Al-Sarf al-Tatbiqiy I, Al-Sarf al-Tatbiqiy II, Dirasat Al-Nusus Al-Adabiyyah, Masadir Al-Lughah wa Al-Adab, Al-Balaghah, Fiqh al-Lughah Wa al-Maajim al-Arabiyyah, Al-Balaghah al-Tatbiqiyyah, Al-Tarjamah I, Al-Tarjamah II, Al-Arabiyyah al-Tawasuliyyah, Fan al-Ilqa’ , Maharah al-Qiraah, Tahlil Nusus al-Mu’asirah, Asas Penyelidikan , Pengantar Fonetik dan Fonologi , Kitabat al-Maqal , Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Bahasa Arab , Fan Al-Masrahiyyah Wa Al-Munazarah (KIBA) , Maharah al-Istima’ wa al-Kalam al-Mutaqaddimah , Asalib al-Lughah al-Mu’asirah, Bahasa Arab Lanjutan / Al-Arabiyyah li al-Ulum wa al-Teknolojiya, Al-Arabiyyah al-Tarbawiyyah wa al-Mihniyyah / Al-Arabiyyah al-Siyahiyyah wa al-Thaqafiyyah, Al-Arabiyyah al -Sihhiyyah wa al-Riyadhiyyah / Al-Arabiyyah al-Ijtima’iyyah wa al-Siyasiyyah / Al-Arabiyyah al-Idariyyah wa al-Iqtisadiyyah

Prospek Kerjaya

  • Bidang Pendidikan
  • Penterjemahan
  • Pegawai Agama
  • Penyunting
  • Komersil
  • Pelancongan
  • Kewartawanan
  • Penyiaran

Fakta Mengenai Bidang Diploma

  • Bahasa Arab adalah Bahasa Mukjizat dan bahasa pertuturan Nabi Muhammad SAW. Pengetahuan Bahasa Arab adalah sangat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering kita baca setiap hari, bahkan ia merupakan fardhu kifayah ke atas semua umat Islam.
  • Bahasa Arab merupakan sumber ilmu pengetahuan Islam dan perkembangan tamadun.
  • Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Arab. Justeru, graduan yang mahir dalam Bahasa Arab amat diperlukan bagi memenuhi kerjaya dalam pelbagai bidang.
  • Bahasa kedua terbesar penggunaannya ialah Bahasa Arab. Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting kerana penggunaannya yang bersifat global.
  • “Belajarlah bahasa Arab, sesungguhnya ia dapat menguatkan minda dan meningkatkan martabat seseorang’. (Khalifah Umar bin al-Khattab)

Yuran Pengajian

SEM HARGA/RM SEM HARGA/RM
1
4,040.00
4
3,060.00
2
2,820.00
5
2,940.00
3
3,300.00
6
680.00

Jumlah Keseluruhan: RM 17,200.00

Syarat Kemasukan

  • Lulus SPM dengan 3 kredit atau sijil setara, dan
  • Sijil yang diiktiraf dalam bidang Pengajian Islam atau setara.

Daftar kemasukan anda sekarang

Loading...