+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat

4 Julai 2021 – Bengkel Praktikum: PDPR Alam Maya (Online) telah berjaya dilaksanakan melalui platform google meet bersama panel jemputan iaitu Panel Penasihat Industri Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara Islamik (DPAKSI) Puan Hajah Siti Ruzita Ramli, pengasas Al-Fiqh Orchard.

Bengkel Praktikum: Pdpr Alam Maya ini merupakan bengkel persediaan untuk pelajar praktikum yang dihadiri oleh pelajar semester 5 & 6 DPAKSI serta wakil daripada pengusaha taska/tadika yang dijemput bagi memeriahkan lagi program. Antara wakil pengusaha taska/tadika yang hadir adalah Cikgu Lina (Akademi Naluri/ Anjung Naluri Kuipsas), Puan Zuniza Binti Abu Bakar (Taska Sayangku Pintar/ Tadika Sayangku Pintar), Puan Shafiqah (Thinker Joy Kuala Lumpur) dan Puan Wan Nor Hidayu (Thinker Joy Kuantan).

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Timb. Rektor Akademik YBrs Dr Muhamad Hafiz di atas kesudian merasmikan program. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Dekan Fakulti Pengajian Islam YBrs Dr Norahida, dan Ketua Jabatan Pendidikan dan Pembangunan Insan, Puan Nur Yani yang sudi meluangkan masa bersama pada bengkel ini.

Semoga segala maklumat yang dikongsikan akan dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang bermakna buat para pelajar serta memberi gambaran sebenar dalam melaksanakan pdpr alam maya semasa berpraktikum nanti.

Loading...